Sepanjang tempoh perlindungan, hanya Komponen Mekanikal dan Elektrikal yang berkaitan item berikut akan dilindungi.
Sebagai pemilik kenderaan, anda bertanggungjawab untuk memenuhi Keperluan Penyenggaraan Servis Berkala untuk memastikan bahawa kenderaan disenggara dan dijaga dengan baik.
Penyenggaraan dan penjagaan yang rapi dapat menjamin pemanduan yang selamat. Penyenggaraan kenderaan mesti dilakukan secara berkala :
Untuk Penggunaan Minyak Mineral / Minyak Semi-sintetik:
-
Penyenggaraan kenderaan hendaklah dijalankan secara berkala bagi setiap 5,000km atau 3 bulan, mana-mana yang terdahulu.
-
Anda disarankan untuk menyenggara kenderaan anda di pusat penyenggaraan atau bengkel yang terpilih. Sila hubungi Pusat Panggilan Perkhidmatan Carfix di nombor 03 7989 0333 untuk membuat temujanji.
Untuk Penggunaan Minyak Sintetik Penuh:
-
Penyenggaraan kenderaan hendaklah dijalankan secara berkala bagi setiap 10,000km atau 6 bulan, mana-mana yang terdahulu.
-
Anda disarankan untuk menyenggara kenderaan anda di pusat penyenggaraan atau bengkel yang terpilih. Sila hubungi Pusat Panggilan Perkhidmatan Carfix di nombor 03 7989 0333 untuk membuat temujanji.
Penyenggaraan Berkala (Elaun Perbatuan) Elaun perbatuan:
-
Elaun perbatuan 500km dan tempoh 30 hari diberikan kepada anda (sebagai pemilik kenderaan) dari keperluan melakukan penyenggaraan berkala
-
Pihak kami berhak untuk membatalkan AEON Auto Program bagi mana-mana kerosakan bahagian akibat daripada kegagalan untuk menjalankan penyenggaraan seperti mana yang digariskan di dalam Keperluan Penyenggaraan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila muat turun PDF yang dibawah.